" F l o w e r "

flaw

MIND YR WORDS HERE


" Don't cry over the past,it's gone. Don't stress about the future,it hasn't arrived. Live in the present and make life beautiful "

We can chatting here





#TeamMerdekaDancers56}
Wednesday, September 18 | 9:44 AM | 0Comment

Assalamualaikum


Anyooooooooooooooooo!! Alhamdulillah..... ada masa juga niiii nak update! Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu ._. 
So tonight, sya nak share lah our perjalanan sepanjang latihan hingga ke hari kejadian 31/8/2013 persembahan padang oleh pelajar-pelajar dari JPS!! Selangor... HEBAT! Selangor..... HEBAT! Selangor.... SANGAT HEBAT!! Awesome ~ Rindu T_T


So, Inilah pelajar-pelajar dari JPS seramai 2200 orang and I guess from 52 sekolah kot. Hehe first datang semua malu-malu, semua muka blur je, semua lah ada. Hahaha kalau ingat balik mmg kelakar and rindu. RINDU! Semua buat hal masing-masing. Segan kateko! Lepastu, start dengan our first routine, ambil attendance sekolah. Then, followed by nyanyian Negaraku, Lagu Selangor, bacaan doa and SENAMAN! Then lepas rehat, baca doa dhuha. Mula tak interested sgt lah dgn senaman sbb entahlah. Bila dah lagu-lagu dia and JU Suiz yang ketua pe semua ni mmg menaikkan lagi semangat nak senaman hahahaha mmg segan nak senaman tu hilang. Tapi perempuan, cover sikit ah. BAHAYA! Hahahaha

Lepastu, kenal dgn semua JUs yang akan bg tunjuk ajar sepanjang latihan kiteorang. Muka tengok garang tapi alahaiii lembut je tau dorang. Yang paling JU yang kiteorang sayang nak tahu siapa?! JU fizie le siapa lagi wei buah hati pelajar2 perempuan. Huhuhuhuhu 

Okay then, mula lah latihan formasi untuk bacaan ikrar, pembentukan bunga raya, payung and jata negeri, lepastu clarai then tugu and last sekaliiiiiii pembentukan logo 56! Kiteorang kena tahu beat lagu tu, and bila nak masuk keluar then kena ingat counting. Counting salah je, semua salah. Mula tu, mmg rasa how to count?! How this, how that. So bila dah lama dah jadi biasa tau mulut nak counting. Day by day kiteorang practice. Kadang2 kena marah dengan JU, ayanda so ambil semangat lah. Then, kiteorang cuti dua minggu sbb raya. JUs takut kateko cuti lelama sbb takut kiteorang lupa hahah lepastu susah nak lari. Haaaaa itulah aku. Hahahaha

Yang paling rindu, bila dah habis latihan naik bas pe semua, yang sekolah lain lambai tangan lah. Amboi kemain, dalam stadium malu-malu bila nak balik semuanya lambai tangan. Allah... RINDU SANGAT!! 

Bila sambung balik latihan lepas bercuti 2minggu, masing-masing pancit. Hahaha mabuk ketupat dengan lemang katanyaaa. Hehehehe Senaman sampai 6/7 lagu boleh? Mmg layan le kita hahahaha then, sambung dengan formasi yang belum siap lagi pe semua sampai lah pembentukan logo 56. Itu ambil masa dua hari tapi sampai petang. Tiada alasan penat kot time bulan puasa. Cuma mula2 lah tekak kering pe semua, bila dah biasa, okay no problem. Hihihi Last day, dkt stadium matsushita tu memang banyak sangat kenangan indah pahit banyak sangat. Mcm2 orang kiteorang kenal, macam2 nickname kiteorang bagi. Hahahaha astro, centro, budak u, botox, jb and ada lagi. Hahaha Okaylah tu en, atleast kiteorang ingat. Huhuhuh 

Our memories dekat Stadium Matsushita : MEMORIES 

Finally, masuk minggu latihan dekat dataran merdeka. Yang ni lagi ah kena bangun pukul 3 mandi pe semua pukul 330 kena keluar rumah. Best sangat bila camni yelah pastu naik bas boleh tidur sembang karaoke sesama makan and layan perasaan! Hahaha Dah sampai turun solat dekat Masjid Negara. Solat berjemaah,kalau lambat sendiri le jawabnya. Habis solat, siap pakai sunblock pe semua jalan kaki ramai-ramai g dataran. Mengah aku! Hahahaha Bila semua dah ada dkt dataran, so kiteorang campur sekali dgn pelajar2 JWPKL seramai 3000 orang. Tu dorang buat grafik ah duduk dkt kandang kambing orang cakap! Hehehe


Berlatih punya berlatih, lagi besar ruang dia lagi laju kena pecut hehehe penat, panas terik memang susah sikit utk first day dkt sana, tapi lelama tu dah tak kisah biarlah focus utk formation tu yang penting. Sepanjang latihan kat sana, pelancong2 dari negara lain berhenti tengok kiteorang, ambil gambar ramai2. Sporting habis! Mmg setiap hari kan ada. Hehehe 

Satu hari tu, hujan lebat tau. Wei siapa tak suka mandi hujan without thunder en. So habis lencun kiteorang. Bila jalan dalam keadaan hujan time tu en, haaa tumpang-tumpang siapa yang buka payung ah. Tumpang je le en nak buat cane. Biasa lah kalau kena dkt boys haaa yang lain mengusik. Hahaha kenangan wei kenangan banyak sangat!

 Bila dah sampai hari raptai. Tu semua yang terlibat untuk hari kejadian ada, bomba, polis, askar, atm, flashmob, felda, intan, Datuk Shabery Che, Pak Ngah, crew2 tv1, tv3, nt7 Awani and others. Camera man tv3 betul2 sebelah barisan sekolah kiteorang. Gila tak excited, tapi nasib lah siapa barisan depan mmg camera tu tak sampai nak shoot. How sad man!! 

Then, sebelum start raptai mmg ada lagu2 yang kiteorang kena buat mcm, IM4U, jalur gemilang pe semua. So ikut lah JU Fizie and Ju Suiz dorang buat pergerakan. Bila dah habis dgn formation jps, yang sekolah terpilih kena buat finale. So, kiteorang akan bergerak lepas pancaragam askar kot haa tu baru kiteorang berarak masuk kibar jalur gemilang ikut lagu yang Pak Ngah dah pilih. Buat sampai kiteorang ingat sampai 31/8/2013.

So, hari sabtu, 31/8/2013, hari yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia telah tiba and kiteorang punya nervous gila! Hahaha dah siap semua dari segi pakain props and others so, pukul 630 dah berkumpul dkt dataran pe semua. JUs bagi pesanan, ingatan, penambah baikan, tu semua lah. So, jiwa membara yang berkobar-kobar tu terus naik sampai tahap max. Mula dengan bismillah.. kiteorang buat apa yang telah diajar sampai lah ke formasi pembentukan logo 56! Lepas habis semua tu, I saw my mila menangis. Asked her why, and siapa entah ckp, dia nampak ayahanda menangis kegembiraan, and JUs berpelukan. Sbb everything was going well! And, for the last our finale tu lah. Brr eksited! Hehehehe tunggu nak dkt sejam en sbb perarakan masuk polis pe semua tu lah. Hehehe I seriously, I miss my #TeamMerdekaDancers56 so badly! Rasa bila dah habis tu, taknak balik. Taknak pisah! Nak bersama lagi buat semua tu tapi "Setiap pertemuan ada perpisahan" Redha sangat masa tu. Tangkap gambar for the last time, buang rasa malu, sporting gila habis! Yang tak kenal, terus rapat. Bila nak balik nak pergi kat bas tu kena tahan je air mata. 

Ya Allah, terima kasih atas segala kenangan yang Kau telah beri kepada kami, walaupun hanya seketika. Semoga kita berjumpa lagi sayang-sayangku #TeamMerdekaDancers56

So, ada gambar utk santapan my lovely readers! hehehe

Di Stadium Matsushita.







Di Dataran Merdeka



Our Formations.



Full Formation: JPS

Last day.















Our JUs


Terima kasih diatas tunjuk ajarmu cikgu. We ♡ U so much! 
Till we meet again xoxo

Lots of love
Sya x